Prestasi Harga Mineral Minggu 6 Disember 2024
Prestasi harga dagangan bagi emas dan arang batu menunjukkan penurunan sebanyak 0.41% dan 6.65% dengan harga jualan sebanyak USD84.88 dan USD113.75 bagi setiap tan metrik. Manakala bagi timah, aluminium, tembaga, nikel dan bijih besi pula menunjukkan peningkatan daripada 0.19% sehingga 2.09% dengan catatan tertinggi oleh timah untuk dijual pada harga USD28,840.00 berbanding USD28,500.00 pada minggu sebelumnya.
Secara keseluruhan, prestasi harga dagangan bagi kesemua RE Oksida (REO) adalah menurun di antara 0.33% sehingga 4.84%. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Holmium sebanyak 4.84% dan REO Gadolinium sebanyak 2.17% dengan harga jualan sebanyak USD65,214.11 dan USD21,898.21.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,585.58 berbanding USD4,614.52 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.63%.
Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral