Prestasi Harga Mineral Minggu 22 November 2024

WhatsApp Image 2024 11 27 at 11.01.46 AM

Prestasi Harga Mineral Minggu 22 November 2024

Prestasi harga dagangan bagi timah, aluminium dan tembaga mengalami penurunan sebanyak 2.18%, 2.03% dan 2.45% dengan harga jualan sebanyak USD28,515.00, USD2,587.00 dan USD8,828.50. Harga dagangan bagi emas dan nikel pula meningkat naik untuk dijual pada harga USD86.64 dan USD15,605.00. Begitu juga dengan arang batu dan bijih besi yang meningkat naik sebanyak 0.82% dan 0.31% untuk dijual pada harga USD123.00 dan USD101.95 berbanding USD122.00 dan USD101.63 pada minggu lepas.

Secara keseluruhan, prestasi harga dagangan bagi hampir kesemua RE Oksida (REO) adalah menurun di antara 0.11% sehingga 5.08%. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Gadolinium dengan harga jualan sebanyak USD22,371.52 berbanding USD23,569.63 pada minggu sebelumnya. Hanya REO Terbium sahaja yang merekodkan prestasi positif dengan harga jualan sebanyak USD806,060.00 berbanding USD803,570.00 bagi setiap tan metrik.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,570.67 berbanding USD4,686.36 dengan peratusan penurunan sebanyak 2.47%.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input