Prestasi harga dagangan bagi emas, timah, tembaga dan nikel mengalami penurunan sebanyak 4.43%, 7.58%, 2.91% dan 3.88% dengan harga jualan sebanyak USD82.69, USD29,150.00, USD9,050.00 dan USD15,475.00. Harga dagangan bagi aluminium pula meningkat naik untuk dijual pada harga USD2,640.50. Begitu juga harga dagangan bagi arang batu yang meningkat sebanyak 1.88% untuk dijual pada harga USD122.00 berbanding USD119.75 pada minggu lepas. Sebaliknya harga bagi bijih besi telah menurun sebanyak 2.11% untuk dijual pada harga USD101.63 bagi setiap tan metrik.
Secara keseluruhan, prestasi harga dagangan bagi kesemua RE Oksida (REO) adalah menurun di antara 1.31% sehingga 4.97%. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Lutetium, Terbium dan Holmium dengan harga jualan sebanyak USD716,740.00, USD803,570.00 dan USD69,468.37 berbanding USD754,190.00, USD834,500.00 dan USD72,067.04 pada minggu sebelumnya.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,686.36 berbanding USD4,783.52 dengan peratusan penurunan sebanyak 2.03%
Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral