PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 11 OKTOBER 2024

WhatsApp Image 2024 10 14 at 12.41.21 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 11 OKTOBER 2024

Prestasi harga dagangan bagi hampir kesemua kumpulan mineral logam adalah menurun kecuali bagi nikel yang ditutup lebih tinggi untuk dijual pada harga USD17,610.00 berbanding USD17,595.00 minggu lepas. Timah mencatatkan penurunan harga tertinggi bagi kumpulan mineral logam dengan harga dagangan sebanyak USD33,125.00 berbanding USD33,800.00. Bijih besi pula merekodkan penurunan harga sebanyak 12.40% untuk ditutup pada harga USD106.44 berbanding USD121.50 manakala bagi arang batu menunjukkan peningkatan harga jualan sebanyak 10.48% untuk dijual pada harga USD120.25.

Secara keseluruhan, harga dagangan bagi RE Oksida (REO) ditutup lebih rendah dengan peratusan penurunan yang sama iaitu 0.87%. Walaubagaimanapun, penurunan yang agak signifikan dialami oleh REO Lutetium dan REO Scandium dimana perbezaan penurunan harga jualan adalah dalam linkungan USD6,680.00 dan USD6,370.00 bagi setiap tan metrik. Hanya 5 REO sahaja yang menunjukkan peningkatan harga jualan berbanding minggu lepas iaitu Dysprosium, Praseodymium, Neodymium dan Neodymium-Praseodymium dengan peratusan tertinggi dicatatkan oleh Dysprosium untuk dijual pada harga USD255,130.00 berbanding USD253,810.00 pada minggu sebelumnya.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi pada harga USD4,933.47 berbanding USD4,926.98 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.13%.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input