PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 4 OKTOBER 2024
Prestasi harga dagangan bagi hampir kesemua kumpulan mineral logam meningkat dengan peratusan di antara 1.71% sehingga 5.68% kecuali bagi emas dan tembaga yang ditutup lebih rendah dengan peratusan penurunan sebanyak 0.35% dan 0.76% berbanding minggu lepas. Nikel mencatatkan peningkatan tertinggi kumpulan logam dengan harga dagangan sebanyak USD17,595.00 berbanding USD16,650.00. Mineral bijih besi turut menunjukkan peningkatan harga jualan sebanyak USD121.50 berbanding USD92.98. Manakala bagi mineral tenaga arang batu pula merekodkan penurunan harga sebanyak 5.36% untuk ditutup pada harga USD108.84 berbanding USD115.00 bagi setiap tan metrik.
Secara keseluruhan, harga dagangan bagi RE Oksida (REO) ditutup lebih rendah dengan peratusan penurunan di antara 0.18% sehingga 0.19%. Penurunan harga tertinggi telah dicatatkan oleh REO Scandium untuk ditutup pada harga USD732,290.00 berbanding dengan harga jualan pada minggu sebelumnya sebanyak USD733,650.00. Terdapat hanya 4 mineral REO sahaja yang mencatatkan peningkatan harga iaitu REO Terbium, REO Dysprosium, REO Neodymium dan REO Praseodymium yang mana peningkatan tertinggi dicatatkan oleh REO Terbium dengan peningkatan sebanyak 1.77% untuk didagangkan pada harga USD849,600.00.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,926.98 berbanding USD4,936.11 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.18%.