PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 26 JULAI 2024

WhatsApp Image 2024 08 05 at 9.19.23 AM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 26 JULAI 2024

Prestasi harga jualan bagi kesemua mineral logam dan bijih besi bagi minggu berakhir 26 Julai 2024 merekodkan penurunan di antara 0.72% sehingga 4.22% dengan penurunan tertinggi dicatatkan oleh timah untuk ditutup pada harga USD29,390.00 berbanding USD30,685.00. Ini turut diiukuti dengan aluminium dan nikel untuk dijual pada harga USD2,228.50 dan USD15,540.00 berbanding USD2,311.50 dan USD16,100.00. Walaubagaimanapun hanya mineral tenaga arang batu sahaja yang mencatatkan peningkatan harga sebanyak 1.68% untuk dijual pada harga USD106.15 berbanding USD104.40 pada minggu sebelumnya.

Secara keseluruhan, prestasi bagi semua mineral RE Oksida (REO) adalah positif kecuali bagi mineral REO Erbium yang menurun sebanyak 0.87% untuk ditutup pada harga USD41,499.20 berbanding USD41,865.13 pada minggu lepas. Peratusan peningkatan mineral REO lain adalah di antara 0.26% sehingga 4.09%. Antara 3 mineral REO yang mencatatkan peningkatan tertinggi adalah Terbium(4.09%), Dysprosium(2.73%) dan Gadolinium(2.11%) dengan harga jualan sebanyak USD694,410.00, USD230,550.00 dan USD22,986.29 bagi setiap tan metrik.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi untuk dijual pada harga USD4,053.57 berbanding USD4,008.07 dengan peratusan peningkatan sebanyak 1.14%.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input