PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 24 MEI 2024
Harga jualan bagi kesemua mineral logam pada minggu berakhir 24 Mei 2024 ditutup lebih rendah dengan prestasi penurunan di antara 1.36% sehingga 3.76% kecuali bagi aluminium yang mencatatkan peningkatan harga sebanyak 2.14% untuk dijual pada harga USD2,598.00. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh nikel dengan harga jualan sebanyak USD19,950.00 berbanding USD20,730.00 pada minggu lepas. Bagi mineral tenaga arang batu dan bijih besi pula telah mencatatkan peningkatan harga dengan peratusan peningkatan sebanyak 0.10% dan 0.55% untuk ditutup pada harga USD105.10 dan USD117.66 bagi setiap tan metrik.
Secara keseluruhannya kesemua mineral oksida RE (REO) mencatatkan penurunan harga dengan peratusan prestasi di antara 0.30% sehingga 5.31% bagi minggu berakhir 24 Mei 2024. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh Praseodymium untuk dijual pada harga USD53,347.47 berbanding USD56,336.47 pada minggu sebelumnya. Ini turut diikuti dengan Neodymium dan Neodymium-Praseodymium dengan peratusan penurunan sebanyak 5.19% dan 5.03% untuk ditutup pada harga USD53,347.47 dan USD52,521.44 berbanding USD56,267.43 dan USD55,300.88 bagi setiap tan metrik.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) masih ditutup rendah untuk dijual pada harga USD4,254.03 berbanding USD4,480.68 dengan peratusan penurunan sebanyak 5.06%.