PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 15 MAC 2024

WhatsApp Image 2024 03 18 at 11.25.52 AM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 15 MAC 2024

Pada minggu berakhir 15 Mac 2024, nilai dagangan bagi hampir kesemua mineral berlogam dan mineral tenaga merekodkan prestasi positif di antara 0.43% sehingga 4.05%. Peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral logam tembaga dengan harga dagangan sebanyak USD8,906.00 berbanding USD8,552.00 pada minggu sebelumnya. Peningkatan harga ini diikuti dengan arang batu, timah, nikel dan aluminium dengan masing-masing diniagakan pada harga USD115.50, USD28,390.00, USD17,975.00 dan USD2,218.00. Bagi mineral logam emas dan bijih besi pula mencatatkan penurunan harga sebanyak 0.36% dan 6.36% untuk ditutup pada harga USD69.56 dan USD109.61.

Hampir kesemua harga pasaran mineral oksida RE (REO) pada minggu berakhir 15 Mac 2024 menunjukkan prestasi positif di antara 0.004% sehingga 1.24%. Peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Holmium untuk diniagakan pada harga USD57,776.82 dengan prestasi kenaikan sebanyak USD706.89. Hanya 3 mineral REO sahaja yang merekodkan penurunan harga jualan iaitu Dysprosium, Neodymium-Praseodymium dan Terbium dengan peratusan penurunan sebanyak 1.36%, 0.71% dan 0.46%. Dysprosium mencatatkan penurunan harga tertinggi untuk diniagakan pada harga USD255,720.00 berbanding USD259,240.00 pada minggu sebelumnya. Bagi mineral REO Europium pula kekal tidak berubah untuk dijual pada harga USD27,470.00.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup pada harga yang lebih rendah iaitu USD3,987.32 berbanding USD4,057.60 dengan peratusan penurunan sebanyak 1.73%

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input