PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 23 FEBRUARI 2024

WhatsApp Image 2024 02 26 at 10.13.36 AM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 23 FEBRUARI 2024

Pada minggu berakhir 23 Februari 2024, nilai dagangan mineral berlogam timah, aluminium dan bijih besi masing-masing menurun sebanyak USD605.00, USD45.50 dan USD2.44. Harga dagangan nikel bagaimanapun naik sebanyak USD1,095.00 kepada USD17,175.00 begitu juga tembaga dan emas naik meningkat sebanyak 1.47% dan 1.48%. Arang batu ditutup pada harga dagangan USD95.55 naik sebanyak 1.05%.
Kesemua harga pasaran mineral oksida RE (REO) pada minggu berakhir 23 Februari 2024 menunjukkan penurunan di antara 0.04% dan 7.08%. Hanya Cerium menunjukkan peningkatan sebanyak 5.34% untuk diniagakan pada harga USD963.92. Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) tidak berubah ditutup pada harga USD4,505.01.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input