Perpustakaan

Perpustakaan Jabatan mempunyai berbagai koleksi rujukan berkenaan geologi Malaysia. Kedua-dua bahan yang diterbitkan atau tidak diterbitkan berkenaan geologi tempatan tersedia untuk rujukan. Bahan-bahan rujukan bagi kawasan tertentu rantau Asia dan bahagian lain dunia juga boleh didapati.

Perpustakaan Jabatan terletak di Ibu Pejabat JMG, Putrajaya dan di Pejabat-Pejabat Negeri di Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal di Ipoh Perak. Pinjaman tidak boleh dibuat tetapi kemudahan salinan disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan. Perkhidmatan Perpustakaan dibuka pada waktu pejabat.

JMG menerbitkan laporan hasil daripada kajian dan penyelidikan yang dijalankan dalam pelbagai aspek mineral dan geosains. Laporan–laporan tersebut ialah:

Laporan Berkala

  • Laporan Tahunan
  • Laporan Tahunan Mineral
  • Laporan Industri Mineral
  • Laporan Persidangan
  • Panduan Pengeluar-Pengeluar Mineral & Statistik Industri Berasaskan Mineral
  • Laporan Industri Perlombongan Malaysia

Laporan Teknikal

  • Laporan Peta dan Buletin
  • Kertas Teknikal
  • Laporan Geologi Kuaterner
  • Memoir Daerah
  • Laporan Kerjasama Teknikal
  • Laporan Rancangan Malaysia
  • Laporan Pelbagai

 

Waktu Perkhidmatan Ibu Pejabat JMG, Putrajaya

Isnin hingga Khamis 8:00 pagi – 1:00 tengah hari
  2.00 petang – 4.30 petang
Jumaat 8.30 pagi – 12.15 tengah hari
  2.45 petang – 4.30 petang
Sabtu dan Ahad Tutup
Hari Kelepasan Am Tutup

 

Penerbitan Laporan

Berikut adalah senarai skala peta yang diterbitkan oleh Jabatan:

Bil. Jenis/Nama Peta Skala Output
1. Peta Geologi  
  Semenanjung 1:500,000/1:750,000
  Sarawak 1:500,000/1:1,000,000
  Sabah 1:500,000
  Semenanjung – (Syit Topo terpilih) 1:63,360
     
2. Peta Taburan Mineral  
  Semenanjung 1:750,000
  Sarawak 1:750,000
  Sabah 1:700,000
     
3. Peta Hidrogeologi  
  Semenanjung 1:500,000
  Sarawak & Sabah 1:500,000/1:1,000,000
     
4. Peta Geologi Kejuruteraan 1:25,000
     
5. Seismotectonic Map of Malaysia 1:500,000

 

Laporan dan peta yang diterbitkan oleh Jabatan tersedia untuk jualan. Senarai penerbitan dan peta berserta harga boleh didapati di perpustakaan dan laman web Jabatan.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input