PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 29 NOVEMBER 2024

WhatsApp Image 2024 12 02 at 6.25.44 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 29 NOVEMBER 2024

Prestasi harga dagangan bagi timah dan aluminium menunjukkan penurunan sebanyak 0.93% dan 0.66% dengan harga jualan sebanyak USD28,250.00 dan USD2,570.00. Harga dagangan bagi emas juga menurun sebanyak 1.63% pada harga USD85.23. Bagi logam tembaga dan nikel masing-masing meningkat naik untuk dijual pada harga USD8,878.00 dan USD15,740.00. Bijih besi pula meningkat sehingga 3.30% untuk dijual pada harga USD105.31 tetapi arang batu menurun sebanyak 0.93% dijual pada harga RM121.85 berbanding USD123.00 pada minggu lepas.

Secara keseluruhan, prestasi harga dagangan bagi hampir kesemua RE Oksida (REO) adalah meningkat sedikit antara 0.04% dan 1.24%. Penurunan harga dicatatkan oleh mineral REO Terbium sebanyak 1.31% dan Dysposium sebanyak 1.71% masing-masing dengan harga jualan sebanyak USD795,490.00 dan USD229,350.00. Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) pula ditutup lebih tinggi pada harga USD4,614.52 berbanding USD4,570.67 minggu sebelumnya.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input