PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 18 OKTOBER 2024

WhatsApp Image 2024 10 21 at 1.27.47 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 18 OKTOBER 2024

Prestasi harga dagangan bagi hampir kesemua kumpulan mineral logam, tenaga dan bijih adalah menurun kecuali bagi emas yang ditutup lebih tinggi dengan harga jualan sebanyak USD87.18 berbanding USD85.16 minggu lepas. Timah merekodkan penurunan harga tertinggi bagi kumpulan mineral logam untuk ditutup pada harga USD31,490.00 berbanding USD33,125.00. Bagi mineral tenaga arang batu juga ditutup lebih rendah pada harga USD118.75 berbanding USD120.25 dengan peratusan penurunan sebanyak 1.25% manakala bagi bijih besi pula ditutup pada harga USD105.37, 1.01% lebih rendah berbanding harga pada minggu lepas.

Secara keseluruhan, harga dagangan bagi kesemua RE Oksida (REO) ditutup lebih rendah dengan peratusan penurunan di antara 0.59% sehingga 5.26%. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Dysprosium, REO Terbium dan REO Neodymium-Praseodymium dengan harga jualan sebanyak USD241,720.00, USD861,230.00 dan USD58,712.25 berbanding pada minggu sebelumnya iaitu USD255,130.00, USD849,970.00 dan USD60,893.10 bagi setiap tan metrik.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,757.23 berbanding USD4,933.47 dengan peratusan penurunan sebanyak 3.57%.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input