PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 20 SEPTEMBER 2024
Prestasi harga dagangan bagi kesemua kumpulan mineral logam pada minggu berakhir 20 September 2024 meningkat dengan peratusan di antara 2.23% sehingga 3.97%. Peningkatan tertinggi direkodkan oleh aluminium dan nikel dengan harga dagangan sebanyak USD2,484.85 dan USD16,482.00 berbanding dengan USD2,390.00 dan USD15,870.00 pada minggu sebelumnya. Arang batu turut merekodkan prestasi positif dengan peningkatan sebanyak 2.23% untuk dijual pada harga USD114.75. Namun sebaliknya bagi bijih besi telah mengalami penurunan harga daripada USD93.06 bagi setiap tan metrik pada minggu lepas kepada USD91.93 pada minggu ini.
Secara keseluruhan, kesemua harga dagangan bagi RE Oksida (REO) ditutup lebih tinggi dengan peratusan peningkatan di antara 0.80% sehingga 3.38%. Peningkatan harga tertinggi telah dicatatkan oleh REO Terbium dan REO Neodymium-Praseodymium untuk ditutup pada harga USD824,990.00 dan USD59,735.89 berbanding dengan harga jualan pada minggu sebelumnya sebanyak USD798,010.00 dan USD57,852.51.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi pada harga USD4,835.43 berbanding USD4,698.33 dengan peratusan peningkatan sebanyak 2.92%.