PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 13 SEPT 2024

WhatsApp Image 2024 09 17 at 4.24.37 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 13 SEPT 2024

Prestasi harga dagangan bagi kesemua kumpulan mineral logam meningkat dengan peratusan di antara 0.28% sehingga 1.59% kecuali bagi timah yang ditutup lebih rendah pada harga USD31,375.00 berbanding USD31,490.00. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh emas dengan harga dagangan sebanyak USD81.85 berbanding USD80.57 pada minggu sebelumnya. Mineral bijih besi turut menunjukkan sedikit peningkatan dengan harga jualan sebanyak USD93.06 berbanding USD91.61. Manakala bagi mineral tenaga arang batu pula merekodkan penurunan harga sebanyak 2.81% untuk ditutup pada harga USD112.25 berbanding USD115.50 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhan, harga dagangan bagi kesemua RE Oksida (REO) ditutup lebih rendah dengan peratusan penurunan di antara 0.07% sehingga 3.58%. Penurunan harga tertinggi telah dicatatkan oleh REO Neodymium-Praseodymium, REO Neodymium dan REO Praseodymium untuk ditutup pada harga USD57,852.51 dan USD58,553.76 berbanding pada minggu lepas sebanyak USD60,000.84 dan USD60,702.61 bagi setiap tan metrik.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,698.33 berbanding USD4,856.21 dengan peratusan penurunan sebanyak 3.25%.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input