PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 30 OGOS 2024

WhatsApp Image 2024 09 03 at 9.11.39 AM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 30 OGOS 2024

Prestasi harga dagangan bagi mineral logam emas, tembaga dan nikel adalah meningkat dengan prestasi tertinggi dicatatkan oleh nikel dengan harga jualan sebanyak USD16,810.00 berbanding USD16,405.00. Hal yang sama turut dicatatkan oleh mineral tenaga arang batu dan bijih besi dengan masing-masing ditutup pada harga USD121.30 dan USD100.55 berbanding USD120.50 dan USD98.05 pada minggu lepas. Hanya timah dan aluminium sahaja yang mencatatkan penurunan harga sebanyak 1.30% dan 1.42% untuk ditutup pada harga USD32,375.00 dan USD2,463.00.

Secara keseluruhan, prestasi bagi hampir kesemua mineral RE Oksida (REO) adalah meningkat di antara 0.34% sehingga 4.59%. Peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh REO Praseodymium dan juga REO Neodymium dengan harga jualan sebanyak USD57,956.56 berbanding USD55,412.10. Mineral REO lain yang turut mempunyai peningkatan harga tertinggi termasuklah REO Neodymium-Praseodymium dengan prestasi peningkatan sebanyak 4.50% untuk dijual pada harga USD57,324.30 berbanding USD54,853.79. Hanya 3 mineral REO sahaja yang merekodkan penurunan iaitu Lutetium (2.06%), Dysprosium (2.49%) dan Terbium (2.54%) dengan harga jualan USD758,700.00, USD239,550.00 dan USD748,170.00 bagi setiap tan metrik.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi untuk dijual pada harga USD4,636.52 berbanding USD4,431.57 dengan peratusan peningkatan sebanyak 4.62%.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input