PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 23 OGOS 2024

WhatsApp Image 2024 08 26 at 7.01.28 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 23 OGOS 2024

Prestasi harga dagangan bagi kesemua mineral logam dan bijih adalah meningkat dengan Aluminium merekodkan peningkatan harga tertinggi sebanyak 8.96% untuk ditutup pada harga USD2,498.50. Hal ini diikuti dengan timah yang dijual pada harga USD32,800.00 setelah mengalami peningkatan sebanyak 3.99%. Bagi bijih besi pula telah meningkat sebanyak 0.25% dengan harga jualan sebanyak USD98.05 berbanding USD97.81. Walaubagaimanapun, mineral tenaga arang batu mengalami sedikit penurunan harga untuk dijual pada harga USD120.50 berbanding USD122.85 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhan, prestasi bagi semua mineral RE Oksida (REO) adalah meningkat di antara 0.44% sehingga 8.91% dengan peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Lutetium untuk dijual pada harga USD774,650 berbanding USD711,250.00. Antara mineral REO lain yang turut mempunyai peningkatan harga tertinggi termasuklah REO Neodymium-Praseodymium dengan rekod harga dagangan sebanyak USD54,853.79 berbanding USD53,501.20. Hanya REO Gadolinium sahaja yang merekodkan penurunan sebanyak 0.13% untuk dijual pada harga USD24,425.99 berbanding USD24,457.69 pada minggu lepas.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi untuk dijual pada harga USD4,431.57 berbanding USD4,335.68 dengan peratusan peningkatan sebanyak 2.21%.

 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input