PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 16 OGOS 2024

WhatsApp Image 2024 08 19 at 5.17.42 PM

 

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 16 OGOS 2024

Prestasi harga dagangan mineral logam adalah meningkat bagi emas, aluminium dan tembaga. Emas merekodkan peningkatan tertinggi sebanyak 2.41% untuk dijual pada harga USD79.92 berbanding USD78.04. Sebaliknya prestasi negatif direkodkan oleh aluminium dan nikel bagi kumpulan mineral logam beserta mineral tenaga arang batu dan bijih besi dengan peratusan penurunan di antara 0.97% sehingga 3.41%. Bijih besi mencatatkan penurunan tertinggi untuk ditutup pada harga USD97.81 berbanding USD101.26 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhan, prestasi bagi semua mineral RE Oksida (REO) adalah menurun di antara 0.02% sehingga 7.80%. Penurunan tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Lutetium untuk didagangkan pada harga USD711,250.00 berbanding USD771,410.00. Namun begitu, terdapat beberapa mineral yang menunjukkan peningkatan harga di atara 2.90% sehingga 4.29% dengan prestasi tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Terbium untuk ditutup pada harga USD753,800.00 berbanding USD722,760.00 pada minggu sebelumnya. Harga dagangan bagi Europium pula adalah sama dan kekal tidak berubah seperti minggu lepas untuk ditutup pada USD27,100.00.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi untuk dijual pada harga USD4,335.68 berbanding USD4,211.49 dengan peratusan peningkatan sebanyak 2.95%.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input