PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 12 JULAI 2024
Prestasi harga jualan bagi mineral logam emas dan timah bagi minggu berakhir 12 Julai 2024 merekodkan peningkatan sebanyak 1.06% dan 0.94% untuk dijual pada harga USD77.30 dan USD33,900.00 berbanding USD76.49 dan USD33,585.00. Sebaliknya, lain-lain mineral logam seperti aluminium, tembaga dan nikel serta mineral tenaga arang batu dan bijih besi merekodkan prestasi negatif dengan julat peratusan di antara 0.67% sehingga 3.09%. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh nikel untuk dijual pada harga USD16,620.00 berbanding USD17,150.00 pada minggu lepas. Hal ini turut diikuti dengan aluminium untuk ditutup pada harga USD2,421.00 berbanding USD2,495.00 bagi setiap tan metrik.
Secara keseluruhan, hampir kesemua mineral RE Oksida (REO) mencatatkan prestasi positif di antara 0.11% sehingga 0.73%. Peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh Gadolinium untuk ditutup pada harga USD22,528.09 berbanding USD22,364.61 pada minggu sebelumnya. Perkara yang sama turut direkodkan oleh mineral REO Praseodymium dan Neodymium untuk dijual pada harga yang sama iaitu USD50,550.84 berbanding USD50,423.28. Hanya mineral REO Dysprosium, Terbium, Yttrium dan Holmium sahaja yang mencatatkan penurunan harga bagi minggu berakhir 12 Julai 2024. Penurunan tertinggi dan signifikan dicatatkan oleh REO Dysprosium dan Terbium untuk dijual pada harga USD239,020.00 dan USD710,870.00 bagi setiap tan metrik.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi untuk dijual pada harga USD4,017.97 berbanding USD3,992.70 dengan peratusan peningkatan sebanyak 0.63%.