PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 5 JULAI 2024

WhatsApp Image 2024 07 09 at 3.46.41 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 5 JULAI 2024

Prestasi harga jualan bagi mineral logam dan bijih pada minggu berakhir 5 Julai 2024 merekodkan peningkatan harga dengan peratusan peningkatan di antara 0.40% sehingga 4.19%. Peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh bijih besi untuk dijual pada harga USD111.31 berbanding USD106.83 pada minggu lepas. Selain bijih besi, tembaga dan emas turut merekodkan peningkatan positif untuk didagangkan pada harga USD 9,807.00 dan USD76.49 dengan peratusan prestasi sebanyak 3.49% dan 2.07%. Hanya mineral tenaga arang batu sahaja mencatatkan penurunan harga sebanyak 3.76% untuk ditutup pada harga USD105.00 berbanding USD109.10 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhan, hampir kesemua mineral RE Oksida (REO) mencatatkan prestasi negatif dengan julat penurunan di antara 0.01% sehingga 1.42%. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh Terbium untuk ditutup pada harga USD723,760.00 berbanding USD734,150.00 pada minggu sebelumnya. Hal ini turut diikuti dengan mineral REO Dysprosium dan Erbium untuk dijual pada harga USD244,910.00 dan USD41,985.10 berbanding USD248,380.00 dan USD42,539.76 bagi setiap tan metrik. Bagi prestasi mineral REO Europium pula kekal tidak berubah untuk didagangkan pada harga USD26,760.00. Manakala hanya mineral REO Holmium sahaja yang mencatatkan peningkatan harga sebanyak 1.21% untuk dijual pada harga USD68,054.28 berbanding USD67,240.27.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) turut ditutup rendah untuk dijual pada harga USD3,992.70 berbanding USD4,020.69 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.70%.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input