PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 29 MAC 2024

WhatsApp Image 2024 04 01 at 12.13.01 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 29 MAC 2024

Prestasi harga bagi mineral logam timah, aluminium dan emas pada minggu berakhir 29 Mac 2024 ditutup lebih tinggi pada harga USD27,625.00, USD2,269.50 dan USD71.19 berbanding USD27,500.00, USD2,246.00 dan USD69.82 pada minggu sebelumnya. Prestasi positif ini turut diikuti mineral tenaga arang batu dengan prestasi peningkatan sebanyak 0.71% untuk ditutup pada harga USD114.05. Bagi mineral tembaga, nikel dan bijih besi pula merekodkan penurunan diantara 0.14% sehingga 7.75% dengan penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh bijih besi dengan harga dagangan sebanyak USD102.06 berbanding USD110.64 pada minggu lepas.

Hampir kesemua harga pasaran mineral oksida RE (REO) pada minggu berakhir 29 Mac 2024 menunjukkan prestasi positif diantara 0.08% sehingga 1.30% dengan peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Terbium untuk diniagakan pada harga USD756,170.00 berbanding USD746,440.00 pada minggu lepas. Hanya 2 mineral REO sahaja yang merekodkan penurunan harga jualan iaitu Gadolinium dan Neodymium-Praseodymium dengan peratusan penurunan sebanyak 0.83% dan 0.49% untuk dijual pada harga USD23,115.87 dan USD49,894.29.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup pada harga yang lebih rendah iaitu USD4,038.05 berbanding USD4,056.11 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.45%.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input