Lanskap berpandangan indah dan singkapan batuan unik dengan pelbagai nilai saintifik, estatik, warisan, sejarah dan budaya merupakan khazanah negara yang perlu dikenalpasti dan dipelihara. Kepelbagaian geologi ini merupakan sumber semulajadi yang boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan utama dan dijadikan warisan untuk generasi masa kini dan akan datang.
Inisiatif pembangunan berkonsep geopark di bawah UNESCO telah terbukti dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di suatu kawasan dan akan dapat menjana ekonomi kepada masyarakat setempat dan negara. Selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan, JMG memainkan peranan aktif dalam membuat pemetaan geologi warisan dan pencirian geotapak untuk pewartaan dan dibangunkan sebagai geopark.

Projek Pemetaan Sesar Aktif dan Kawasan Risiko Gempa Bumi
Maklumat sesar aktif, lokasi pembinaan Penanda Aras Gempabumi (PAG) dan rekod pergerakan PAG daripada kerja-kerja pemetaan ini sangat berguna dalam membantu jabatan dan pihak berkuasa tempatan melaksana dan merancang pembangunan yang lebih selamat, mengurangkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.
Pemetaan Geologi Bersistem
Aktiviti pemetaan geologi bersistem merupakan salah satu daripada tugas teras Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia(JMG). Aktiviti ini dijalankan secara sistematik disamping persampelan geokimia awal secara khusus mengikut kaedah dan prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan. Aktiviti ini meningkatkan maklumat geologi dan sumber mineral disamping meningkatkan kualiti dan kepakaran dalam aktiviti pemetaan geologi jabatan.
Hasil daripada pemetaan geologi secara sitematik dikawasan tertentu bukan sahaja boleh digunakan oleh ahli geologi, malah data dan maklumat ini boleh dimanfaatkan sebagai rujukan peringkat negara, negeri dan kerajaan tempatan, peranga bandar dan desa, institusi pengajian tinggi, pembuat dasar dan umum.

Pemetaan Geologi Warisan
Kajian geologi warisan dijalankan projek ‘Penilaian Potensi Pembangunan Geoparkuntuk Pengekalan dan Pemuliharaan Sumber Semulajadi Negara’ bagi memastikan khazanah alam semulajadi yang sangat berharga dapat dikekalkan untuk faedah generasi akan datang. Menerusi kajian ini, konsep tapak terpelihara, monumen geologi, geopark dan lanskap berpandangan indah dapat diperkenalkan kepada orang awam.