Geofizik merupakan kajian subpermukaan bumi berdasarkan perbezaan sifat-sifat fizikal bumi.
Setiap batuan atau tanah mempunyai sifat fizikal yang berlainan. Kaedah-kaedah survei geofizik merangkumi Kaedah Seismos Keberintangan 2 Dimensi (2D), Graviti, Magnetik, Transient Electromagnetic (TEM), Very Low Frequency Electromagnetic (VLF) dan Radiometrik digunakan untuk mengesan perbezaan sifat-sifat fizikal bahan-bahan subpermukaan.
Survei geofizik digunakan dalam siasatan-siasatan geologi berikut:
Kajian sumber air tanah
- Explorasi air tanah
- Pencemaran air tanah
Penglogan geofizik lubang gerudi
- Menggunakan probe keberintangan, gama, caliper, dan self potential.
- Mengenalpasti litologi lubang gerudi dan mengesan retakan.
- Mengesahkan reka bentuk telaga untuk perakuan pelesenan air.
Eksplorasi MIneral
- Mengesan kewujudan mineral-mineral
- Mengesan struktur geologi yang mempunyai hubungkait dengan pemineralan.
Kajian kejuruteraan
- Ketebalan tanah beban dan kedalaman batuan dasar
- Kewujudan struktur geologi seperti ketakselarasan, sesar dan kekar
- Kejadian bencana geologi seperti cerun runtuh, lubang benam, dan tanah mendap.
Kajian persekitaran
- Penerobosan air masin
- Tapak pembuangan sisa pepejal