Dasar Keselamatan Perlindungan

jata88px

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES)
 

DASAR KESELAMATAN PERLINDUNGAN

 

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) beriltizam untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif melalui perlaksanaan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017). Bagi menjayakan dasar tersebut, JMG komited untuk:

  1.  Melantik Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) yang bertanggungjawab memastikan arahan keselamatan Kerajaan dilaksanakan;
  2. Memastikan aspek keselamatan fizikal dipatuhi berasaskan kepada prinsip-prinsip keselamatan perlindungan bagi mencegah, mengesan, melengahkan dan mengambil tindakan bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat;
  3. Memastikan perlindungan dan kawalan yang diberikan ke atas keselamatan dokumen, maklumat serta bahan rahsia rasmi tidak dikompromi dan mencegah akses tanpa kebenaran serta membantu penyiasatan terhadap sebarang kebocoran;
  4. Menjamin dan mengutamakan konsep keselamatan dan perlindungan ke atas semua aset ICT dan memastikan teknologi terkini digunakan untuk melindungi data dalam menghalang sebarang capaian oleh pihak luar;
  5. Memastikan aspek keselamatan peribadi terjamin sepenuhnya yang bertujuan memastikan warga JMG, komuniti keselamatan dan mana - mana pihak lain yang berurusan dengan perkhidmatan awam sentiasa melindungi rahsia rasmi dan perkara rasmi mengikut dasar, prosedur undang - undang dan peraturan yang ditetapkan; dan
  6. Memastikan kualiti pengurusan semua aktiviti yang berkaitan perkhidmatan, mengekalkan ketersediaan dan kesinambungan perkhidmatan apabila berlaku sebarang gangguan (disruption).

 

(DATUK P. Geol ZAMRI BIN RAMLI, F.I.G.M.)
Ketua Pengarah
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input