NR-REE dalam Hutan Simpan Kekal, faktor lambatkan perlombongan di Kelantan - Timbalan MB

Screenshot 2024 11 26 072424

KOTA BHARU: Sebahagian besar taburan mineral unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) berada dalam Hutan Simpan Kekal, sekali gus menjadi antara faktor penghalang yang melambatkan proses perlombongan REE di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata berdasarkan peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984, perlombongan tidak boleh dijalankan dalam Hutan Simpan Kekal melainkan ia diwarta keluar terlebih dahulu dengan kawasan gantian.

"Proses kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk perlombongan REE juga memerlukan kajian alam sekitar yang mendalam dan mengambil tempoh agak lama.

"Kajian ini penting bagi memastikan perlombongan tidak merosakkan ekosistem, namun proses yang panjang menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan kelulusan projek," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input