Pada minggu yang berakhir pada 01 Disember 2023, harga pasaran mineral logam menunjukkan prestasi bercampur-campur. Nikel, emas dan tembaga masing-masing meningkat sebanyak 4.52%, 2.23% dan 1.93% untuk didagangkan pada USD16,650.00, USD65.76 dan USD8,455.00. Timah dan aluminium masing-masing merosot sebanyak 3.33% dan 1.45% untuk dijual pada USD23,200.00 dan USD2,147.00. Mineral tenaga, arang batu ditutup lebih rendah berbanding minggu sebelumnya setelah mencatat penurunan sebanyak 3.23% untuk dipasarkan pada USD119.75, manakala bijih besi ditutup lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya setelah mencatat peningkatan sebanyak 0.23% untuk dipasarkan pada USD130.46.
Secara keseluruhannya, mineral REO juga menunjukkan prestasi yang bercampur-campur. REO yang menunjukkan prestasi positif didahului oleh Cerium, Terbium dan Dysprosium yang masing-masing meningkat 11.61%, 4.61% dan 2.73% untuk diniagakan pada USD815.71, USD1,132,140.00 dan USD379,020.00, manakala yang lain mencatatkan peningkatan harga dari 0.04% sehingga 0.07% berbanding pasaran minggu lepas. Gadolinium mendahului REO yang merekod prestasi negatif, diikuti Holmium dan Neodymium-Praseodymium di mana harga jualan masing-masing menyusut sebanyak 8.92%, 5.76% dan 3.99% untuk ditutup pada USD31,362.51, USD68,209.95 dan USD66,522.28, manakala yang lain menyusut 1.67% sehingga 1.93% berbanding harga jualan pada minggu sebelumnya.
Harga pasaran kumpulan REC menurun berbanding minggu lepas setelah menyusut 4.07% untuk mencecah USD5,386.48 pada minggu berakhir 01 Disember 2023.