Susulan pengumuman yang dibuat ole YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi pada 31 Mei 2023, permohonan bagi Pas Penggajian Ekspatriat (Employment Pass-EP) akan dilaksanakan sepenuhnya melalui Single Window Platform (SWP) yang dikenali sebagai Sistem Xpats Gateway.
Sistem Xpats Gateway telah dilancarkan secara rasmi pada 15 Jun 2023, yang menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap tata kelola digital dan kemudahan mesa industri yang menyokong matlamat ekonomi dan pelaburan Malaysia.
Syarikat-syarikat dalam Sektor Perlombongan, Pengkuarian dan Pemprosesan Mineral kin bole memohon untuk jawatan ekspatriat dan Pas Penggajian (EP) melalui Sistem Xpats Gateway yang boleh diakses melalui Sistem ESD Dalam Talian (ESD Online) di esd.imi.gov.my bag memudahkan proses Sokongan EP oleh JMG dan seterusnya kelulusan Pas Penggajian (EP) oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Maklumat laniut berkenaan Buku Panduan Xoats Gateway (Guidebook), Soalan Lazim (FAO) dan Manual Pengguna Sistem (System User Manual), boleh didapati melalui Sistem ESD Online di esd.imi.gov.my.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Tekno Ekonomi, Cawangan Ekonomi Mineral, Ibu Pejabat JMG | 03-8871 6000