GeoEducation 1.0 Aspiring Kenyir Geopark15 Jun 2022- Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Terengganu, unit Geosains bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan satu Program iaitu GeoEducation 1.0 Aspiring Kenyir Geopark di bawah Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM). Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahkan dan kesedaran kepada masyarakat terhadap bidang ilmu geosains yang berfokus kepada Geopark Kenyir. Selari dengan SDG 4, Geoeducation 1.0 dapat memberikan impak kepada komuniti untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan geosains. Selain itu program ini juga memperkasa ke arah komuniti kepada pelancongan lestari berdasarkan konsep geopark sebagai sumber ekonomi tempatan.
Posted by Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG on Wednesday, 15 June 2022