JMG Terengganu pantau lokasi tanah runtuh di Kampung Bukit Apit

Screenshot 2024 12 02 083614

TERENGGANU, 30 November - Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Terengganu menjalankan pemantauan di lokasi tanah runtuh yang menimpa sebuah rumah di Kampung Bukit Apit, Ajil di Hulu Terengganu. 

Kerja-kerja pemantauan dilakukan sejak malam tadi mengesan terdapat tujuh aliran mata air yang aktif di kawasan tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik perempuan maut manakala seorang abang cedera. 

"Jarak antara rumah yang ditimpa runtuhan tanah dengan kawasan bukit itu sejauh 35 meter," menurut JMG Terengganu dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam mangsa pertama, Uzair Azman, 17 tahun ditemui selamat di bawah runtuhan dinding konkrit di ruang tamu rumah kira-kira pukul 5.17 petang. 

Mayat Puteri Sajidah ditemui pada pukul 6.32 petang dan adiknya, Siti Fatimah pula ditemui pukul 6.59 petang, dalam keadaan tertimbus di bawah runtuhan.

 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input