Kelantan rangka SOP perlombongan REE

Screenshot 2024 11 26 072011

KOTA BHARU: Proses perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Kelantan agak lewat dimulakan memandangkan taburan mineral itu terletak dalam Hutan Simpan Kekal (HSK).

 

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984, aktiviti tersebut tidak dibenar dijalankan di kawasan HSK.

Selain itu proses Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar turut melambatkan aktiviti perlombongan.

“Untuk perlombongan NR-REE memerlukan kajian yang mendalam mengenai kajian kesan kepada alam sekitar dan mengambil tempoh masa yang agak lama.

“Usaha ini bagi memastikan perlombongan tidak merosakkan ekosistem antara  kelewatan mendapat kelulusan perlombongan NR-REE,” katanya menjawab soalan Mohd Rodzi Jaa’far (PAS-Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Mohd Rodzi meminta kerajaan negeri menyatakan halangan yang melambatkan proses pelombongan NR-REE selepas negeri itu dianggar mempunyai simpanan bernilai RM125 bilion.

Dr Mohamad Fadzli yang berkata, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif serta menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan mineral tersebut.

Menurutnya langkah tersebut membabitkan agensi kerajaan negeri dan persekutuan bagi memastikan aktiviti perlombongan tidak memberi kemudaratan alam sekitar. – HARAKAHDAILY 25/11/2024

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input