Bencana Geologi: Jaguh Tempatan Dilatih Sebagai Pasukan Tindak Awal

Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti atau atau Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) telah diperkenalkan dalam projek kerjasama pintar antara JMG-UTM baru-baru ini. Ia merupakan kesinambungan dari projek perintis bagi pemasangan sistem amaran awal bencana geologi aliran puing atau Early Warning System (EWS) di Titi Hayun, Yan, Kedah; lokasi yang menyaksikan trajedi berdarah bencana geologi aliran puing yang terburuk dalam sejarah pada 18 Ogos 2021.

Jom sama-sama kita ikuti apa yang telah diusahakan oleh JMG-UTM, Komuniti Jerai Geopark serta pelbagai agensi lain ini !