Kawasan cerun hampir kegiatan guna tanah berisiko kejadian tanah runtuh

Screenshot 2024 10 17 103250

Kuala Lumpur: Mana-mana lokasi terutamanya kawasan cerun berhampiran dengan kegiatan perubahan guna tanah seperti pembangunan perumahan atau aktiviti pertanian berisiko kejadian tanah runtuh jika tidak dipantau atau diselenggara mengikut spesifikasi pihak berwajib.

Pensyarah Kanan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Yusoff Ishak berkata, ia kerana keupayaan tampung bagi kawasan cerun untuk menyerap atau mengalirkan air larian semakin berkurangan apabila semakin lama dan kerap mengalami hujan.

Beliau berkata, hujan yang lama dalam tempoh kerap akan mengurangkan keutuhan struktur tebing yang akhirnya boleh menyebabkan kejadian cerun atau tanah runtuh.

"Secara amnya, jika tiada perubahan guna tanah, keadaan cerun akan utuh.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input