33 lombong mineral di Kelantan sudah keluarkan hasil

Screenshot 2024 09 27 090709

KOTA BHARU: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan mengesahkan sebanyak 33 lombong mineral di negeri ini sudah mengeluarkan hasil.

Pengarahnya Zaidi Daud berkata, ia melibatkan perlombongan logam, besi dan emas yang turut mengeluarkan perak, zink serta plumbum.

“Kebanyakkan lombong ini melibatkan jajahan tumpuan seperti di Tanah Merah, Gua musang dan Kuala Krai.

“Ini semua adalah hasil negeri dan kita bersyukur kerana Kelantan kaya dengan hasil mineral dari perut bumi,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Konvoi Ride To Stong Geopark di pekarangan Wisma Persekutuan Kota Bharu, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaidi memberitahu, jajahan Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai telah dikenal pasti sebagai lokasi yang mempunyai sumber mineral baharu.

Katanya, maklumat tersebut berpandukan kepada kajian dan keadaan geologi di kawasan berkenaan yang unik.

“Sudah menjadi tanggungjawab JMG untuk mengenalpasti dan mencari kawasan yang berpotensi mempunyai sumber mineral untuk digunakan secara lestari.

“Kawasan Pasir Mas tiada sumber mineral kerana kawasan berkenaan adalah lembah dan delta,” ujarnya.-UTUSAN

 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input