Lubang Benam Sedalam Satu Meter Di Kompleks Bunga Raya KLIA Disyaki AKibat Kebocoran Paip Kumbahan

Screenshot 2024 09 26 085622

 

PUTRAJAYA, 25 Sept (Bernama) -- Lubang benam sedalam satu meter di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disyaki berpunca dari kebocoran paip kumbahan.


Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan lubang mendap itu dikesan hari ini pukul 10 pagi tadi.
KKR menyatakan laluan berkenaan boleh dilalui oleh semua kenderaan, namun Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dilaksanakan oleh Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) di kawasan itu.


Tindakan yang diambil termasuk pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan TMP oleh MAHB dan laporan terperinci akan dikeluarkan oleh MAHB setelah selesai siasatan dibuat, mengikut KKR. Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh MAHB.


BERNAMA

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input