20 murid SK Putra sertai program Geofriendly di Bukit Jernih

IMG 3494

SERAMAI 20 murid dari Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Putra mengikuti program Geofriendly ke Geotapak Bukit Jernih, Perlis baru-baru ini.

Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tersebut berhubung aspek geologi, biologi, flora dan fauna, ekologi dan budaya termasuk aspek arkeologi, sejarah penempatan, kesenian dan komuniti di geotapak tersebut.

Program berkenaan turut disertai oleh Trash Hero Perlis melalui Program Trash Hero Kids Book oleh Rosnani Nazri yang memberi pendedahan kepada pengurusan sampah dan plastik daripada pencemaran alam sekitar.

Pihak Persatuan Geoguide Perlis Geopark turut membawa murid berkenaan melawat ke tapak fosil, geotapak Bukit Jernih dan jelajah ke gua kering dan gua basah. 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input