Lawatan Kerja YBrs SUBK Mineral dan Geosains Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) ke Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) Sarawak [ 31 Januari 2023 ] Kuching, Sarawak.

Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Mineral dan Geosains NRECC, Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor, telah membuat kunjungan hormat ke JMG Sarawak bersempena lawatan kerja beliau ke Sarawak bagi menghadiri perbincangan Memorandum Persefahaman (MOU) Pembangunan Mineral di Wilayah Sarawak di antara Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR).
 
MOU ini adalah satu bentuk jalinan kerjasama di antara kementerian persekutuan dan kementerian Wilayah Sarawak yang bertujuan untuk menjalankan kajian bersama bagi menentukan potensi sumber mineral di Wilayah Sarawak untuk dibangunkan bagi penjanaan berimpak tinggi ekonomi Malaysia. Oleh itu satu taklimat khas telah disampaikan oleh Pengarah JMG Sarawak di hadapan SUBK dan kakitangan JMG Sarawak. SUBK juga turut memberi ucapan ringkas mengenai hasrat dan harapan kementerian terhadap JMG. Diharapkan MOU yang bakal dibentuk dapat memberi manfaat bersama terutamanya dalam bidang industri mineral Malaysia.

1000 Characters left


Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input