PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 7 JUN 2024

WhatsApp Image 2024 06 10 at 2.11.42 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 7 JUN 2024

Prestasi harga jualan bagi kesemua mineral logam pada minggu berakhir 7 Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding minggu lepas dengan peratusan penurunan di antara 1.49% sehingga 9.51%. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh nikel dengan harga jualan sebanyak USD 17,940.00 berbanding USD19,825.00. Mineral bijih besi juga mencatatkan penurunan harga yang agak signifikan untuk ditutup pada harga USD108.48 berbanding USD118.58 dengan prestasi penurunan sebanyak 8.52%. Hanya mineral tenaga arang batu sahaja yang mencatatkan peningkatan harga sebanyak 2.37% untuk ditutup pada harga USD108.00 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhan, kesemua mineral RE Oksida (REO) mencatatkan prestasi negatif kecuali bagi mineral REO Gadolinium dengan peningkatan harga sebanyak 0.77% untuk didagangkan pada harga USD23,197.54 berbanding USD23,019.56. Peratusan penurunan harga bagi mineral yang lain adalah berjulat di antara 0.12% sehingga 4.38% dengan rekod penurunan tertinggi dicatatkan oleh Terbium untuk ditutup pada harga USD788,170.00 berbanding USD824,290.00 pada minggu sebelumnya. Hal ini turut diikuti dengan mineral REO Erbium dan Dysprosium untuk dijual pada harga USD42,333.80 dan USD260,200.00 berbanding USD43,764.73 dan USD266,720.00 bagi setiap tan metrik pada minggu sebelumnya.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) masih ditutup rendah untuk dijual pada harga USD4,061.29 berbanding USD4,183.49 dengan peratusan penurunan sebanyak 2.92%.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input