Pertandingan Mencipta Logo GeoSlide

 

pertandingan mencipta logo geoslide

Tempoh pertandingan : 26/3/2024 – 2/4/2024

Hadiah : Wang Tunai RM 300.00

Terbuka kepada semua warga BPM NRES dan JMG Malaysia. 

DESKRIPSI PERTANDINGAN

BPM NRES dan JMG sedang menjalankan Projek Big Data Analytics (BDA) bagi kes bisnes Pengurusan Bersepadu Bencana Geologi Tanah Runtuh Negara. Melalui projek ini, satu sistem bersepadu telah dibangunkan dengan menekankan keupayaan Big Data Analytic bagi permodelan ramalan tanah runtuh serta pengurusan bencana geologi berasaskan data yang dinamakan GeoSlide. Sistem ini akan berfungsi sebagai platform pengurusan bencana geologi tanah runtuh yang utama bagi memastikan pengurusan bencana dapat dijalankan dengan cekap dan mewujudkan komuniti yang berdaya tahan dan sentiasa bersiap siaga.

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

  1. Semua ciptaan mestilah asli.
  2. Rekaan logo: pilihan warna bebas dengan menggunakan perkataan GeoSlide.
  3. Peserta perlu memberi keterangan ringkas mengenai elemen reka bentuk logo sistem yang dicipta. 
  4. Para peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan. Walau bagaimanapun hanya satu reka cipta yang terbaik sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang. 
  5. Semua reka cipta yang terpilih akan menjadi hak milik NRES dan boleh diubah suai tanpa makluman kebenaran kepada peserta. 
  6. Kelewatan menghantar reka cipta tidak akan dilayan. 
  7. Keputusan juri adalah muktamad. 
  8. Pemenang akan diumumkan di Portal dan media sosial rasmi NRES dan JMG Malaysia. 
  9. Hadiah akan diberikan kepada seorang pemenang sahaja.

PENGHANTARAN PENYERTAAN

  1. Penyertaan boleh dihantar melalui borang dalam talian berikut.
  2. Logo mestilah dihantar dalam bentuk format vector/ AI. 
  3. Perlu disertakan nama penuh, no kad pengenalan, no telefon dan email yang sah untuk dihubungi oleh urusetia.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Noreen Farisa Binti Mohd Nuri (NRES) 012-670 2828 & Pn Norhayati binti Mohd Rawi (JMG) 019-3338491


Comments closed!

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input