PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 05 JANUARI 2024

WhatsApp Image 2024 01 08 at 12.43.40 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 05 JANUARI 2024

Pada minggu berakhir 5 Januari 2024, harga pasaran bagi kesemua mineral berlogam dan mineral tenaga menunjukkan prestasi negatif dengan penyusutan harga antara 0.29 sehingga 5.12%. Aluminium merekod penyusutan tertinggi iaitu 5.12%, diikuti timah, 3.88% dan nikel, 3.42% untuk masing-masing ditutup pada harga USD2,215.00, 24,150.00 dan USD15,695.00. Arang batu diniagakan pada USD116.00 iaitu 1.36% lebih rendah berbanding minggu sebelumnya. Walau bagaimanapun, bijih besi menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 1.09% untuk mencecah harga pasaran USD141.45.

Secara keseluruhannya, prestasi pasaran mineral bagi kesemua oksida RE (REO) pada minggu berakhir 5 Januari 2024 menunjukkan prestasi negatif untuk dijual lebih rendah berbanding pasaran minggu lepas. Kebanyakan REO seperti Cerium, Samarium, Erbium, Yttrium, Ytterbium, Lutetium dan Scandium menyusut sebanyak 0.28%, Lanthanum dan Europium menyusut sebanyak 0.29% manakala yang lainnya menyusut antara 4.12% sehingga 9.72%. Penyusutan tertinggi direkodkan oleh Terbium iaitu 9.72% untuk ditutup rendah pada USD USD943,280.00. Ini diikuti Gadolinium dan Dysprosium yang masing-masing menyusut sebanyak 7.90% dan 6.29% untuk dijual pada harga USD26,397.67 dan USD329,440.00.

Pasaran kumpulan karbonat RE (REC) merosot 5.02% untuk ditutup pada harga yang lebih rendah iaitu USD4,800.86.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input