PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 29 DISEMBER 2023

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 29 DISEMBER 2023

Pada minggu berakhir 29 Disember 2023, harga pasaran mineral berlogam, mineral tenaga dan bijih besi menunjukkan prestasi positif kecuali tembaga dan nikel yang masing-masing menyusut 0.28% dan 0.64% untuk ditutup pada USD8,475.00 dan USD16,250.00. Aluminium mencatat peningkatan sebanyak 4.50%, diikuti emas, 1.80% dan timah, 0.44% untuk ditutup pada harga USD2,334.50, USD66.31 dan USD25,125.00. Manakala mineral tenaga, arang batu dan bijih besi masing-masing meningkat 0.51% dan 3.25% untuk diniagakan lebih tinggi iaitu USD117.60 dan USD139.92.

Secara keseluruhannya, pasaran mineral oksida RE (REO) pada minggu terakhir bagi tahun 2023 menunjukkan prestasi yang bercampur-campur. Kebanyakan REO menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan harga sebanyak 0.18% kecuali Gadolinium, yang mencatat peningkatan sebanyak 0.43% untuk ditutup pada harga USD28,661.39. Kumpulan REO yang mencatat prestasi negatif, menyusut sekitar 0.37% sehingga 5.87%. Penyusutan tertinggi direkodkan oleh Dysprosium, Terbium dan Scandium di mana harga jualan masing-masing merosot sebanyak 5.87%, 5.57% dan 2.95% untuk ditutup pada USD351,560.00, USD1,044,800.00 dan USD875,370.00.

Pasaran kumpulan karbonat RE (REC) merosot 0.79% pada minggu berakhir 29 Disember 2023, untuk ditutup pada harga yang lebih rendah iaitu USD5,054.57.

1000 Characters left


Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input