Selari dengan perkembangan kemajuan dan keperluan kemampanan, kesedaran mengenai inisiatif-inisiatif Environmental, Social and Governance atau ESG initiatives menjadi semakin penting dan telah diberikan perhatian yang meluas. Ini termasuklah bagi industri mineral yang secara langsung terlibat dengan pengurusan terhadap kesan alam sekitar dan sosial, yang menghendakkan amalan tadbir urus secara bertanggungjawab di sepanjang rantaian dalam industri ini.
Dalam konteks ini, pelbagai pihak termasuk pelabur, pengawal selia dan pihak berkepentingan semakin menuntut agar syarikat/ organisasi yang terlibat dalam industri mineral menyepadukan pertimbangan ESG ke dalam strategi perniagaan serta semasa membuat keputusan untuk mengurus risiko, mengurangkan kesan alam sekitar dan sosial serta meningkatkan penciptaan nilai jangka panjang.
Bagi mengenalpasti dan mengukur tahap penglibatan dan ketersediaan syarikat/ organisasi/ pihak berkepentingan dalam industri mineral ini terhadap inisiatif pelaporan ESG ini, satu kajian soal selidik telah disediakan. Maklum balas yang diperolehi akan selanjutnya dianalisa bagi merangka suatu gerak kerja dan pelan tindakan yang bersesuaian bagi memperkenal, mengukuh kefahaman terhadap keperluan dan kepentingan ESG di sepanjang rantaian industri mineral di Malaysia.
Sehubungan itu, kerjasama pihak YBhg./ YH Dato’ / Ir./ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk membuat hebahan dan menjemput semua pihak yang terlibat dengan industri mineral pada semua peringkat rantaian untuk terlibat dengan kajian soal selidik ini.
Borang soal selidik ini boleh dicapai melalui pautan https://forms.gle/DHmGXu2wafb2dFkK6
Kajian soal selidik ini dibuka sehingga 30 April 2023.