Kunjungan Hormat CREAM, UTHM dan Universiti Salford, UK

305217772 10167132163645422 8577351944928395554 n
 
Kunjungan Hormat dari wakil Construction Research Institute of Malaysia (CREAM), KANZU Research: Resilient Built Environment, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan University of Salford, Manchester, UK.
 
Pihak Ibu Pejabat JMG menerima kunjungan hormat ini pada 07 September 2022. Ianya berlansung dengan mod santai.
 
Perbincangan adalah menjurus kepada Projek Penyelidikan bertajuk ‘Technology Enhanced Stakeholder Collaboration for Supporting Risk-Sensitive Sustainable Urban Development (TRANSCEND)’.
 
Projek penyelidikan ini memfokuskan pembangunan bandar berdaya tahan, kerjasama pelbagai pihak dan penggunaan teknologi dalam membantu membuat keputusan.
 
Pihak JMG juga telah berkongsi tentang kerja-kerja yang telah dijalankan oleh JMG dalam 'Climate Change Adaptation' (CCA) dan 'Disaster Risk Reduction' (DRR).
 
JMG berminat untuk melibatkan diri dalam projek kerjasama yang seterusnya bersama kumpulan kajian ini dan perancangan akan datang akan diatur untuk langkah yang lebih kemas.
 
Terima kasih kepada wakil CREAM, UTHM dan Universiti Salford, UK yang sudi ke JMG.
 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input