Mesyuarat Kumpulan Kerja Penyiasatan Bersama Geologi Sempadan Malaysia Thailand yang ke-35

8E99ECD2 E2CC 44D3 8BA6 1D540659B6AA
 
Mesyuarat Kumpulan Kerja Penyiasatan Bersama Geologi Sempadan Malaysia Thailand yang ke-35 (35th Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting) telah berlangsung secara maya pada 9 Ogos 2022.
 
Mesyuarat telah dihadiri oleh pegawai -pegawai dari kedua-dua buah negara. Malaysia diwakili oleh pegawai-pegawai dari bu Pejabat MG, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), JMG negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu serta penasihat teknikal luar dari UM dan mantan Profesor Geologi UKM. Mesyuarat in telah dipengerusikan secara bersama oleh En. Azemi Hj. Eki, Pengarah Kanan BPT dan Dr. Apsorn Sardsud, Pengarah Bahagian Survei Geologi, Department of Mineral Resources, Thailand (DMR). Mesyuarat telah membincangkan kerjasama teknikal dalam bidang mineral dan geosains bagi tempoh 2022 hingga 2025.
 
Kerjasama saintifik ini melibatkan kajian dan perkongsian maklumat seta kepakaran dalam bidang geologi, stratigrafi, paleontologi, struktur geologi, geologi bencana dan geologi warisan yang akan member manfaat dalam perancangan pembangunan kawasan di sepanjang sempadan negara.
 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input