Program Mesra Rakyat (Zon Tengah) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) 2022

292156762 141313125177997 8408822642085608842 n

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak bersama sama KetSA telah menjadi Jawatankuasa Induk menganjurkan Program Mesra Rakyat (Zon Tengah) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) 2022.

Program telah dijalankan di Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong, Daerah Larut Matang dan Selama, Perak pada hari raya Aidil Adha ke-3 iaitu pada 12 Julai 2022.

Sambutan dari orang ramai dan penduduk setempat adalah sangat menggalakkan dengan seramai lebih kurang 1600 tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut . Sejumlah 20 ekor lembu telah disembelih bagi ibadah qurban dan dagingnya telah diagih-agihkan kepada asnaf dan penduduk kampung sekitar kawasan Sg. Kerang.

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Tenaga dan Sumber Asli, Ketua Pengarah dan barisan Pengurusan Tertinggi JMG.

Selain ibadah qurban, pameran dari pelbagai jabatan dan agensi di bawah KeTSA turut mendapat sambutan dari tetamu yang hadir.

Galeri Foto

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input