Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Dasar Privasi dan Keselamatan

Pengumuman Terkini Mengenai Kami Berita Soalan Lazim Piagam Pelanggan Hubungi Kami Perkhidmatan Dalam Talian e-Penyertaan Pengumuman e-Perolehan Ketua Pegawai Digital (CDO) Arkib Elektronik Peta Laman Laporan Tahunan JMG 2023 MyHRMIS Mobile
BM / EN
W3C Accessibility
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

Sesi Libat Urus Cadangan Penggubalan Rang Undang-Undang Survei Geologi dan Geosains (RUU SGG) Bersama Bahagian/Jabatan/Agensi di Bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

Sesi Libat Urus Cadangan Penggubalan Rang Undang-Undang Survei Geologi dan Geosains (RUU SGG) Bersama Bahagian/Jabatan/Agensi di Bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

25 Jun 2025, Putrajaya - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Sesi Libat Urus (SLU) berkenaan Rang Undang-Undang Survei Geologi dan Geosains (RUU SGG) telah dilaksanakan pada 25 Jun 2025 di Bilik Latihan Aras 1, Blok F11, Kompleks F, Putrajaya.

SLU ini merupakan komponen penting dalam proses penggubalan RUU SGG bagi menggantikan Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 \[Akta 129]. Tujuan SLU adalah untuk:

  1. Meraih pandangan teknikal dan maklum balas pelaksanaan daripada Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah NRES.
  2. Mengenal pasti isu serta cabaran berkaitan bidang kuasa dan pelaksanaan peruntukan geologi dan geosains.
  3. Memperkukuh peruntukan perundangan dan strategi pengurusan sumber mineral serta aplikasi geosains bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian.

Semua input yang telah diperolehi akan diringkaskan dan dimasukkan ke dalam draf RUU SGG sebelum dibentangkan kepada pihak Kabinet dan Sidang Parlimen. JMG komited meneruskan kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan penggubalan perundangan berjalan secara terancang dan berkesan.