Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Dasar Privasi dan Keselamatan

Pengumuman Terkini Mengenai Kami Berita Soalan Lazim Piagam Pelanggan Hubungi Kami Perkhidmatan Dalam Talian e-Penyertaan Pengumuman e-Perolehan Ketua Pegawai Digital (CDO) Arkib Elektronik Peta Laman Laporan Tahunan JMG 2023 MyHRMIS Mobile
BM / EN
W3C Accessibility
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

Penghargaan “Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah 1447H” Kepada Prof. Dato’ Dr. Haji Mokhtar bin Saidin, Penasihat Lenggong Geopark

Penghargaan “Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah 1447H” Kepada Prof. Dato’ Dr. Haji Mokhtar bin Saidin, Penasihat Lenggong Geopark

Dengan penuh sukacita, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) merakam setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dato’ Dr. Mohd Mokhtar bin Saidin, Penasihat Lenggong Geopark, atas penganugerahan “Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah 1447 Hijrah” yang telah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. 

Pengiktirafan ini amat bermakna bagi tokoh terbilang dalam bidang arkeologi dan warisan geologi, yang telah menjadi perintis kepada penemuan Tamadun Kedah Tua di Sungai Batu, Lembah Bujang sejak kurun kelapan sebelum Masihi.

Anugerah yang diterima bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan serta komitmen Prof. Dato’ Dr. Mohd Mokhtar bin Saidin dalam memperkaya khazanah sejarah dan warisan geologi negara, malah turut mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa. Semoga penghargaan ini menjadi sumber inspirasi kepada warga perkhidmatan awam dan komuniti akademik untuk terus menjunjung tinggi nilai keilmuan, dedikasi, dan pemeliharaan warisan budaya serta geologi negara.