Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Portal Rasmi)

Dasar Privasi

Dasar Privasi

splwpk-online-e-participation splwpk-procurement splwpk-publicising splwpk-electronic-archive splwpk-online-services Laporan Tahunan JMG 2023 (PDF)
W3C Accessibility
splwpk-sitemap
Multi-language support (BM/EN)
MyHRMIS Mobile splwpk-broadcast splwpk-about-us splwpk-news splwpk-faq splwpk-client-charter splwpk-contact-details
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

Lawatan Timbalan Menteri NRES Ke Kompleks JMG Ipoh

Lawatan Timbalan Menteri NRES Ke Kompleks JMG Ipoh

IPOH, 30 Januari 2026 - Kompleks Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Ipoh telah menerima kunjungan rasmi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, atas jemputan Ketua Pengarah JMG, YBhg. Datuk P. Geol. Zamri bin Ramli. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta meningkatkan kerjasama antara JMG dan Kementerian dalam usaha memperkasa pembangunan sektor mineral dan geosains negara secara mampan dan berteraskan penyelidikan berimpak tinggi.

Sepanjang lawatan, YB Timbalan Menteri telah diberikan taklimat mengenai peranan, keupayaan teknikal serta pencapaian JMG, khususnya melibatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Kompleks JMG Ipoh, termasuk pencapaian Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) serta pengiktirafan makmal unsur nadir bumi (REE). Lawatan ini turut merangkumi sesi lawatan ke makmal penyelidikan utama dan Muzium Geologi JMG, sekali gus memperlihatkan keupayaan dan kepakaran JMG dalam menyokong pengurusan sumber mineral dan geosains negara.

Maklumat lanjut dan liputan bergambar boleh dirujuk melalui laman Facebook rasmi JMG.