Lawatan tapak telah dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Johor pada 1 Februari 2026 susulan kejadian kebakaran kawasan gambut seluas lebih 50 ekar di sekitar Ayer Hitam, Muar, Johor.
Lawatan ini melibatkan perbincangan bersama agensi berkaitan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Polis Diraja Malaysia di Pusat Kawalan Operasi Bencana berhubung persediaan serta cadangan pengaktifan telaga tiub di bawah PPNJ bagi membantu operasi pengawalan kebakaran, dengan JMG berada dalam keadaan bersedia untuk tindakan lanjut.
Maklumat lanjut dan liputan bergambar boleh dirujuk melalui laman Facebook rasmi JMG.