Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Portal Rasmi)

Dasar Privasi

Dasar Privasi

splwpk-online-e-participation splwpk-procurement splwpk-publicising splwpk-electronic-archive splwpk-online-services Laporan Tahunan JMG 2023 (PDF)
W3C Accessibility
splwpk-sitemap
Multi-language support (BM/EN)
MyHRMIS Mobile splwpk-broadcast splwpk-about-us splwpk-news splwpk-faq splwpk-client-charter splwpk-contact-details
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

JMG Peruntuk RM1 Juta Laksana Projek Kampung Angkat MADANI Di Merlimau

JMG Peruntuk RM1 Juta Laksana Projek Kampung Angkat MADANI Di Merlimau

πŸ’‘ 5 Intipati Utama Projek Kampung Angkat MADANI

  1. Kampung Kilang Berapi Utara menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM1 juta melalui pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI oleh YAB Perdana Menteri.
  2. Pelaksanaan projek ini merangkumi enam skop utama termasuk pembangunan infrastruktur kampung, kemudahan asas serta pemerkasaan pendidikan dan sosial masyarakat setempat.
  3. Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan inklusif dilaksanakan dengan penglibatan aktif komuniti serta kerjasama pelbagai peringkat kerajaan.
  4. Antara komponen utama projek ialah penaiktarafan jalan, longkang dan pemasangan lampu solar yang memberi manfaat kepada kira-kira 1,700 penduduk kampung dan kawasan berhampiran.
  5. Projek ini turut menyokong pembangunan modal insan melalui peluang latihan pelajar, penaiktarafan kemudahan masjid, madrasah serta peningkatan kemudahan pendidikan di sekolah-sekolah setempat.

Pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI ini memperlihatkan peranan strategik Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dalam menyokong pembangunan komuniti secara mampan, bersepadu dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

Ringkasan ini dijana secara automatik menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) oleh Timah AI@JMG sebagai sebahagian daripada penerapan Elemen Emerging Technology mengikut Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2025. Mungkin terdapat ketidaktepatan maklumat. Sila hubungi kami jika memerlukan pengesahan rasmi.

JASIN, 21 Dis (BERNAMA) - Kampung Kilang Berapi Utara di sini menerima suntikan pembangunan berjumlah RM1 juta menerusi pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Ketua Pengarah JMG Datuk Zamri Ramli berkata projek itu merangkumi enam skop utama melibatkan pembangunan infrastruktur, kemudahan asas, pemerkasaan pendidikan dan pengukuhan aspek sosial serta keagamaan yang memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat.

β€œPelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan dilaksanakan secara inklusif dengan penglibatan aktif komuniti, selain memperkukuh kerjasama antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan masyarakat setempat.

"Menerusi pelaksanaan program itu juga ia dilihat dapat memperkasakan kesejahteraan komuniti luar bandar secara mampan dan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan penyerahan simbolik projek kepada Penghulu Tertinggi Merlimau Jezlee Pit yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh.

Zamri berkata antara komponen utama projek berkenaan ialah menaik taraf infrastruktur kampung termasuk jalan dan longkang serta pemasangan lampu solar yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 1,700 penduduk kampung dan kawasan perumahan berhampiran.

Beliau berkata projek itu juga melibatkan pelajar Politeknik Merlimau yang diberi peluang menjalani latihan praktikal sekali gus membantu meningkatkan kemahiran dan pengalaman mereka.

"Selain itu, kemudahan asas di Masjid Asy-Syuja’ah, Merlimau turut dinaik taraf meliputi pemasangan kipas dan lampu, penaiktarafan bilik mesyuarat serta bilik pengurusan jenazah, selain pemasangan sistem telesidang dan audio bagi menyokong pelaksanaan mesyuarat, kuliah agama dan pembelajaran secara maya.

"Projek Kampung Angkat MADANI ini juga memberi manfaat kepada sektor pendidikan apabila kira-kira 500 pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) Merlimau Utara dan 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Yaβ€˜kub menerima kemudahan kipas serta pemasangan pendingin hawa.

Zamri berkata sempena pelaksanaan program Kampung Angkat MADANI itu juga, bangunan Madrasah Al-Amin turut dibaik pulih menggantikan struktur lama yang sering terjejas akibat banjir.