Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Portal Rasmi)

Dasar Privasi

Dasar Privasi

splwpk-online-e-participation splwpk-procurement splwpk-publicising splwpk-electronic-archive splwpk-online-services Laporan Tahunan JMG 2023 (PDF)
W3C Accessibility
splwpk-sitemap
Multi-language support (BM/EN)
MyHRMIS Mobile splwpk-broadcast splwpk-about-us splwpk-news splwpk-faq splwpk-client-charter splwpk-contact-details
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

Enam daripada 11 zon sesar aktif ada di Semenanjung – Johari

Enam daripada 11 zon sesar aktif ada di Semenanjung – Johari
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani – Foto fail NSTP

💡 5 Intipati Utama Pemetaan Sesar Aktif Malaysia

  1. Pemetaan geologi oleh JMG antara 2016 hingga 2020 mengesan 11 zon sesar aktif di Malaysia termasuk enam di Semenanjung yang berpotensi mencetuskan gempa bumi.
  2. Sesar aktif dikenal pasti di lokasi utama seperti Bukit Tinggi, Bok Bak, Kuala Pilah dan Mersing serta beberapa zon penting di Sabah dan Sarawak.
  3. Enam stesen Fault Movement Benchmark telah dipasang di Sabah untuk mengukur pergerakan sesar secara tepat dari semasa ke semasa.
  4. Terdapat 47 stesen pasif beroperasi di pelbagai negeri dan rancangan peluasan pemetaan sesar serta liputan benchmark akan dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi.
  5. Peta bahaya seismik kini dijadikan panduan kepada jurutera dan PBT, manakala sistem amaran awal MetMalaysia ditambah baik bagi mempercepatkan pengeluaran amaran seismik.

Sebagai agensi pakar geosains negara, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memainkan peranan penting dalam menyediakan pemetaan sesar, menganalisis data geologi yang kritikal dan menyokong pembangunan keselamatan seismik untuk penilaian risiko serta perancangan infrastruktur negara.

Ringkasan ini dijana secara automatik menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) oleh Timah AI@JMG sebagai sebahagian daripada penerapan Elemen Emerging Technology mengikut Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2025. Mungkin terdapat ketidaktepatan maklumat. Sila hubungi kami jika memerlukan pengesahan rasmi.

KUALA LUMPUR: Pemetaan yang dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains bagi tempoh 2016 hingga 2020 mengesan kewujudan 11 zon sesar aktif di seluruh negara dengan enam daripadanya di Semenanjung Malaysia, manakala selebihnya di Sabah dan Sarawak.

Sesar ialah rekahan atau patahan pada kerak bumi akibat pergerakan batuan di sepanjang rekahan itu dan ia terbentuk apabila tekanan dalam kerak bumi terlalu kuat hingga batuan tidak lagi mampu menahan tekanan, menyebabkannya retak dan bergerak.

Pergerakan pada sesar boleh mencetuskan gempa bumi.

Menteri Perladangan dan Komuniti, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkata enam sesar aktif itu ialah di Bukit Tinggi, Pahang; Bok Bak di Kedah-Perak; Terengganu, Banding di Perak, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Mersing, Johor.

Beliau berkata, Sarawak mempunyai sesar Tubau di Miri, manakala Sabah mempunyai empat sesar iaitu Lobou Lobou dan Mensaban di Ranau, serta Lahad Datu dan Tabin di Lahad Datu.

“Terdapat 11 zon sesar aktif dipetakan di seluruh negara oleh Jabatan Mineral dan Geosains antara 2016 hingga 2020 iaitu enam sesar dikesan di Semenanjung Malaysia, manakala selebihnya di Sabah serta Sarawak.

“Sebanyak enam stesen Fault Movement Benchmark (FMB) aktif sudah dipasang di Sabah,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (GPS-Sri Aman) di Dewan Rakyat, yang ingin mengetahui sejauh mana ancaman gempa bumi kepada Malaysia susulan gegaran lemah yang berlaku di Johor baru-baru ini.

FMB ialah tanda kawalan geologi yang dipasang di permukaan bumi untuk mengukur pergerakan sesar secara tepat dari semasa ke semasa.

Selain itu, Johari berkata, terdapat 47 stesen pasif beroperasi di Pahang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata, terdapat rancangan untuk meluaskan pemetaan sesar dan liputan benchmark ke kawasan berisiko tinggi lain termasuk Johor.

Katanya, peta bahaya seismik menjadi panduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jurutera.

“Mereka disaran mematuhi Malaysia National Annex to Eurocode 8 untuk reka bentuk bangunan tahan gegaran bumi,” katanya.

Mengulas sistem amaran awal, Johari berkata, gempa bumi tidak boleh diramal, namun tsunami boleh dikesan selepas berlaku gempa bumi dasar laut.

Katanya, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) kini mengendalikan 80 stesen seismograf di seluruh negara yang disokong 323 stesen antarabangsa.

“Amaran akan dikeluarkan dalam tempoh lapan minit bagi gempa bumi bermagnitud 3 atau lebih dan naik taraf di bawah Rancangan Malayaia Ke-13 (RMK13) menyasarkan pengurangan masa amaran kepada enam minit menjelang 2026.

“Peningkatan kepada 12 stesen pemantauan seismik sedang dilaksanakan. Langkah ini adalah strategi komprehensif untuk meningkatkan kesiapsiagaan negara dan melindungi komuniti di kawasan yang aktif secara seismik,” katanya.