Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Program KUDAH Komuniti Taman Permai serta Program Serahan Kampung Angkat MADANI akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Program ini merupakan penutup kepada pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) yang telah dilaksanakan di bawah seliaan dan tanggungjawab Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), sebagai sebahagian daripada inisiatif pemerkasaan komuniti setempat serta pengukuhan kerjasama strategik antara jabatan dan masyarakat.

Majlis pada 21 Disember 2025 akan diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, serta YB Datuk Dr. Muhammad Akmal bin Saleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, dan akan melibatkan acara perasmian, penyerahan sijil penghargaan, serta penandatanganan plak penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI.
JMG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap agar inisiatif seumpama ini dapat terus memperkukuh hubungan strategik antara jabatan dan komuniti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Program KUDAH Komuniti Taman Permai & Program Serahan Kampung Angkat MADANI
Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau, Melaka
| Masa | Atur Cara |
|---|---|
| 3.00 petang | Program KUDAH bersama Komuniti Kawasan Perumahan Taman Permai |
| Bersurai |
| Masa | Atur Cara |
|---|---|
| 7.30 pagi | Ketibaan tetamu dan sarapan pagi |
| 8.20 pagi | Ketibaan YBhg. Datuk Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia |
| Ketibaan YB Datuk Dr. Muhammad Akmal bin Saleh, ADUN Merlimau | |
| Nyanyian Lagu Negaraku | |
| Nyanyian Lagu Rasmi Negeri Melaka | |
| Bacaan doa | |
| Ucapan aluan YBhg. Datuk Zamri bin Ramli | |
| Tayangan montaj | |
| Acara menandatangani plak penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI | |
| Penyerahan sijil penghargaan | |
| Perasmian Surau Madrasah Al-Amin oleh YB Datuk Dr. Muhammad Akmal | |
| Sidang media | |
| 12.00 tengah hari | Majlis bersurai |
INISIATIF PEMBANGUNAN KOMUNITI
Program Kampung Angkat MADANI Kampung Kilang Berapi Utara
Halaman ini memaparkan sorotan pelaksanaan projek dan inisiatif pembangunan komuniti yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menerusi Program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau, Melaka. Pelaksanaan program ini merangkumi penambahbaikan fasiliti awam, pemerkasaan institusi komuniti serta pengukuhan kerjasama strategik bersama penduduk setempat.
Penambahbaikan Fasiliti Komuniti
![]() |
![]() |
| Sebelum | Selepas |